FRoM ♥ To ♥

♥ In the name of Allah, The Most Gracious, Most Merciful. Praise be to Allah, The Cherisher and Sustainer of the worlds; most Gracious, most Merciful; Master of the Day of Judgement. Thee do we worship, and Thine aid we seek. show us the straight way, the way of those on whom Thou hast bestowed Thy Grace, those whoso (portion) is not wrath, and who go not astray. ♥

Monday, November 22, 2010

Kamu Bercinta Sampai Ke Mana?

... wahai insan yg mabuk cinta, siasatlah benang yg menyulam kasihmu. Apakah ia sebuah takwa, atau cinta yg buta yg tidak berpijak d bumi nyata?

Pasangan yg bercinta, mereka mencari syurga. Mencari bahagia dan kepuasan santapan jiwa. Biar runtuh awan di langit, biar gegar d lantai bumi, lautan api sanggup direnangi. Itulah kuasa cinta. Pengorbanan yg ditawarkan demi sebuah cinta yg menjanjikan kebahagiaan.

Tiada insan yg sengaja mencari derita. Seperti ikan mencari air, si dahaga mendamba seteguk minum, mata mengantuk disorongkan bantal, demikianlah setiap insan mengerumuni cinta. Demi sesuatu yg menjanjikan bahagia.

Namun, dalam asyiknya manusia bercinta, di kala itu jualah manusia menderita. Rumah tangga musnah, hidup berantakan. Tatkala inai masih di jari, anak belum pun sempat berdiri, tiang rumah dan tangga cinta roboh dirempuh badai.

Luar biasa...

Itulah realitinya. Bahawa biar sehangat mana pun cinta yg membakar perhubungan dua insan yg berkasih sayang, mereka akan menjadi musuh di antara satu sama lain di Padang Mahsyar. Jika dahulunya mereka menolak pertolongan yg ditawarkan demi kebahagiaan sebenar, hari itu mereka pula saling bermusuh dengan permusuhan yg tidak mampu lagi ditolong.

“Pada hari itu, teman-teman akrab setengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengahnya yg lain, kecuali orang-orang yg perhubungannya berdasarkan takwa.” (Al-Dzukhruf: 67)

Neraka dunia yg menghancurkan bahagia datang bersama tekanan. Ujian yg amat menghimpit beban. soal anak, pekerjaan, keinginan, ketidakpuasan, kemahuan, dan kesangsian. Rumah tangga yg berlayar d tasik madu, menjelang senja menghiris sembilu.

Justeru, wahai insan yg mabuk cinta, siasatlah benang yg menyulam kasihmu. Apakah ia sebuah takwa atau cinta buta yg tidak berpijak d bumi nyata? Sesungguhnya cinta yg tidak bersendikan takwa adalah cinta yg berakhir dengan permusuhan. Jika tidak d neraka dunia, pastinya neraka abadi d alam sana.

Tidak mungkin syurga di Akhirat menjadi habuan kita, andai dunia bersalut neraka. Dunia ladang Akhirat, apa yg disemai pada hidup yg sementara ini, itulah tuaian di Akhirat yg kekal abadi.

Berjuanglah berbekalkan takwa untuk mengharungi epilog sebuah cinta, hingga terkecap syurga dunia.
Berjuanglah sampai mengecap bahagia perjuangan, rumahku syurgaku, baiti jannati ...
Kejayaan bukan sebuah destinasi, ia adalah sebuah perjalanan.

Bercintalah sampai ke Syurga, wahai dua insan bercinta.


© Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

No comments:

Copyright© All Rights Reserved♥ ♥ ♥ AmNi ♥ ♥ ♥