FRoM ♥ To ♥

♥ In the name of Allah, The Most Gracious, Most Merciful. Praise be to Allah, The Cherisher and Sustainer of the worlds; most Gracious, most Merciful; Master of the Day of Judgement. Thee do we worship, and Thine aid we seek. show us the straight way, the way of those on whom Thou hast bestowed Thy Grace, those whoso (portion) is not wrath, and who go not astray. ♥

Wednesday, April 11, 2012

A Letter For You.

kehadapan dirimu yang disayangi,


warkah ini aku tulis kerana aku tidak mampu untuk mengungkapkan betapa aku terlalu merindui dirimu.
walau dirimu sangat dekat, namun aku rasakan kau jauh dariku.
aku sendiri tidak mengerti akan perasaan ini.
aku punya ramai insan yang aku sayangi di dunia ni.
tapi, kenapa dirimu boleh mendapat tempat istimewa di hati ini?


aku ingin menyayangi dirimu sebagaimana aku menyayangi sahabat2ku, adik2ku, dan rakan2 seperjuanganku.
tapi, hatiku membisikkan bahawa perkara itu sangat mustahil untuknya kerana dia telah menyayangimu seperti aku menyayangi keluarga dan insan2 istimewa dalam hidupku.
entah kenapa, aku sendiri tidak mengerti.


pernah suatu ketika, hatiku membisikkan sesuatu yang tidak pernah aku jangka selama ini.
hatiku mendambakan kehadiran'mu'.
kenapa perlu 'kamu' yang dicari?
kenapa bukan insan2 istimewa yang aku sayang?
aku fedup dengan hati apabila dia menginginkan perkara yang aku sendiri tidak mampu untuk lakukan.


permintaan hati itu aku biarkan sepi.
aku bertanya kepada akalku...
kenapa hati boleh sampai ke tahap itu?
kemudian akalku menjawab,
kerana dia ingin menambah perasaan sayang dalam hatimu.
pelik? kenapa perlu aku menambah perasaan sayang?
memoriku tiba2 mencelah.
kerana kau selalu menggunakan aku untuk mengingati semua perkara yang 'dia' pernah lakukan.
kau menggunakan aku untuk mengimbas kembali semua perkara yang berkaitan 'dirinya'.

aku terdiam sendiri.
benarkah begitu? aku sendiri yang menyebabkan hatiku bertindak sedemikian rupa.
apabila aku cuba untuk mengingat kembali apa yang pernah aku lakukan,
memang benar... aku selalu menantikan kehadiranmu di hadapanku.
sekalipun aku merindui dirimu, dengan melihatmu sekali sudah memadai.

kenapa kau memberi aku kesan sebegitu rupa?
kenapa?!
apa keistimewaan dirimu sehingga kau boleh menjadikan hati aku begini?

kak auni,
kenapa am boleh jadi macam ni?
kenapa am mudah untuk sayang orang lain?
kenapa am senang untuk menyayangi orang yang baru am kenali?
jawablah kak!
jangan biar am sakit menanggung persoalan ni.
tolonglah jawab bagi pihak am.
kak auni yang ajar am untuk selalu sayang dengan orang lain.
walaupun orang tu pernah sakitkan hati kita,
tapi kak auni yang ajar untuk tetap sayang dengan orang tu.
kenapa perlu buat macam tu?
kalau orang tu sudah menyakitkan hati kita, kenapa perlu kita sayang dengan dia?
kenapa kak auni baik sangat dengan orang?
kenapa kak auni tinggalkan perasaan tu untuk am?
kak auni sendiri tau yang am bukanlah jenis yang mudah untuk sayang orang yang baru dikenali.
am bukan manusia yang mudah untuk berikan tempat untuk orang lain dalam hati am.
hati am hanya untuk keluarga kita.
jawablah kak! tolonglah! am merayu.
perasaan sayang yang terlalu menyayangi ini kak auni tinggalkan untuk apa?
apa sebabnya kak?
kak tau, sekarang bahawa bukan mudah untuk am ungkapkan rindu am untuk kakak.
payah kak. am sendiri terseksa dengan perasaan am sendiri.
kemudian kak tinggalkan perasaan tu dengan am begitu ja.
macam mana am mau uruskan perasaan tu kak?
kak auni, tolonglah jawab. am penat kak.
penat sebab hati ni tidak pernah berhenti untuk menyayangi.
kalau setakat sayang sayang ndapa,
tp ini "terlalu sayang" kak... dan dia tidak pernah berhenti di situ.
dia semakin bertambah dan bertambah.
kalau perasaan tu solid,
hati am pasti berderai kak.
sebab dia ndakan mampu untuk tampung perasaan yang terlalu besar.
kak auni,
andai perasaan sayang ini am buang... bolehkah?

entahlah,
aku kadang2 berfikir sendiri.
adakah kau mengetahui perasaan aku?
atau langsung tidak menyedari betapa beratnya perasaan sayang ini terhadap dirimu yang perlu aku tanggung setiap hari.
kalau kau ingin tahu,
perasaan sayang aku terhadap kau semakin bertambah dari hari ke hari.
wajah, kelakuan dan kata2mu terus melekat dalam hati ini.
segala yang kau lakukan telah membuatkan hati ini semakin menyayangi dirimu.

takpalah.
aku akan simpan perasaan ini sehingga ke akhir hayat aku.
tidak perlu untuk kau tahu semuanya.
cukuplah kau tahu...
aku sayang kau kerana Allah...

No comments:

Copyright© All Rights Reserved♥ ♥ ♥ AmNi ♥ ♥ ♥