angin berhembus perlahan petang itu.
dia sedang leka memerhatikan kawanan burung mematuk tanah mencari cacing.
dedaun layu, jatuh keguguran ditiup angin sepoi2 bahasa.
matanya beralih kepada sehelai daun yg gugur.
menari-nari di udara sebelum jatuh perlahan-lahan mencecah bumi.
dia memerhatikan dirinya.
persis kitaran hidup sepohon pokok.
sedari kecil dilahirkan lemah dan memerlukan perhatian daripada ibubapa.
hidup manusia yg kontang, dibajai dengan iman dan disirami dengan limpahan takwa.
manusia memerlukan cahaya ilmu seperti pohon menginginkan cahaya matahari.
pohon insan tidak mampu hidup subur jika diselubungi mendung kejahilan.
kini, dia telah menginjak dewasa.
pohon hidupnya semakin membesar.
akar pohonnya sudah mula mencari air di dalam tanah untuk menyediakan bekalan secukupnya agar tidak mati ketandusan.
dia perlu mempersiapkan bekalan agar tidak miskin di akhirat nanti.
namun hatinya terusik apabila mengenangkan ramai orang yg tidak menggunakan dan seolah-olah tidak menghargai masa yg dikurniakan Allah untuk mengumpulkan amalan ketika pohon diri mereka masih gagah mencengkam bumi.
adakah manusia tidak mengerti bahawa lingkaran hidup ini terlalu singkat dan akan terputus bila2 masa?
sedarlah insan.
tika dirimu dalam kandungan,
Allah memeliharamu dalam 3 lapisan.
lapisan plasenta yg memberimu bekalan agar terus bernyawa.
lapisan rahim yg dicipta kukuh untukmu duduk dan bermain dan lapisan perut yg dapat melindungimu daripada kecelakaan.
jika jasa manusia tidak sanggup kita khianati, mengapa nikmat Allah yg begitu banyak kita dustai?
di kaki langit, matahari mula membenamkan diri.
warna alam kian kemerahan.
dia bingkas bangun dari tempat duduknya.
argh!alam ini begitu luas untuk diterokai dan diinsafi kejadiannya.
"YA ALLAH, BANTULAH DIRI INI UNTUK MENDAKAP CINTAMU. AMIN YA RABB."
No comments:
Post a Comment