"Maka celakalah orang yang menjadi hamba kepada dunia"
aku akui aku pernah menjadi hamba dunia.
ONCE.
ayat ini aku dengar ketika mengikuti tazkirah maghrib ustaz Rusli di Masjid Jamek IPGKK tadi.
ayat yang betul2 buat hatiku TERSENTAP.
dalam banyak2 isi yang ustaz katakan tadi, ayat itu betul2 menikam hati.
ya,
aku pernah menjadi hamba dunia...dulu.
aku menjadi hamba dunia ketika zaman kejahilan aku sendiri.
mujur, masa mematangkan aku (dengan izin Allah).
DIA telah membuka mata hati aku untuk mula menilai mana yang baik dan mana yang kurang baik.
Alhamdulillah.
syukur Ya Allah, kerana rasa kasih dan sayangMU kepadaku...
hati yang keras ini telah mula menjadi lembut.
semuanya kerana dengan belas ihsanMU jua Ya Allah.
aku cuba untuk melembutkan hati ini sebagaimana asalnya dahulu.
hati yang KAU anugerahkan untukku sebelum aku lahir ke duniaMU.
hati yang peka terhadap sekeliling dan patuh mendengar suaraMU.
hati yang lembut dan taat pada seruanMU.
Ya Allah,
aku mohon padaMU Ya Rabb.
janganlah ENGKAU pesongkan hatiku setelah ENGKAU berikan petunjuk dan hidayahMU Ya Rahman.
sesungguhnya, aku hambaMU yang lemah dan mudah jatuh tanpa ihsanMU, Ya Allah.
dan aku mohon padaMU Ya Allah,
eratkanlah hatiku dan hati adik2 dan sahabat2 perjuanganku Ya Allah.
eratkanlah hati kami dalam berjuang dan berjalan di jalanMU Ya Rabb.
sesungguhnya, ENGKAUlah pemilik kepada hati2 kami Ya Rahman. amin...amin...amin Ya Allah.
setelah tazkirah ustaz Rusli tadi, pengisian ketika BUGEM juga menyentap hati aku.
Allah Maha Besar Maha Mengetahui akan tiap2 sesuatu yang tidak hambaNYA ketahui melainkan dengan izinNYA.
surah Al-Ikhlas yang sering aku baca ketika solat punya maksud yang tersurat dan tersirat.
bukan maksudnya aku tidak pernah mengetahui akan maksud ayat2 dalam surah tu... aku tau.
"katakanlah wahai Muhammad, bahawa Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah tempat untuk meminta segala sesuatu. DIA (Allah) yang tidak beranak dan diperanakkan. dan tiada sesuatu yang setara dengan DIA."
aku tahu tu. cuma aku nda pernah pun hayati maksud ayat2 tu secara lebih mendalam.
jujur. aku akui...
surah Al-Ikhlas telah menjawab persoalan aku di entri sebelum ini. A Letter For You.
terima kasih Ya Allah Ya Rabb.
ampunkanlah segala salah dan silapku,
ampunkanlah keterlanjuranku dalam kata2 dan penulisanku Ya Rahman.
sungguh, aku hambaMU yang selalu khilaf dan menzalimi diriku sendiri.
Ya Allah,
jika aku tersasar,
sedarkanlah aku dengan kasih sayangMU.
jika aku terlalai,
ingatkanlah aku dengan teguranMU.
hatiku takut berada di lautan dosa Ya Allah.
sedangkan harapanku ada keredhaanMu jua Ya Rabb.
bantulah aku Ya Allah, Ya Rabb, Ya Rahman.
amin... amin... amin... Ya Allah.
buat dirimu yang dikasihi selalu.
aku tidak akan menghapuskan perasaanku terhadapmu
tetapi,
perasaan itu akan aku gunakan sebagai kekuatan untukku.
kekuatan untuk tidak terlalu leka dan hanyut kerana menyayangi dan merinduimu selalu.
aku akan selalu doakan kebahagiaanmu.
semoga bahagia selalu, ya. =)
No comments:
Post a Comment