done with the event!
thank Allah everything went smoothly.
well the event DID very well,
especially the moderator... the panels also doing great.
i have to admit that the event was GREAT!
it's not i'm saying this because IT was HER program
BIG NO!
[i have mentioned this in previous entry isn't?]
still i kept my word in that.
the event was a forum,
entitled "TMK Berkembang Bahasa Dijulang"
well the moderator has brought the topic specifically into Bahasa Melayu matter
since it was held by PISMP Bahasa Melayu and certainly it became Malay Language Discussion.
since the title was including the language thingy so let's update this entry with Malay Language, shall we? [smile]
ok, berdasarkan apa yang saya faham dalam forum tadi, para ahli panel hangat mengatakan mengenai kurangnya penggunaan Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia, khususnya. selain itu, malu untuk menggunakan Bahasa Kebangsaan ini dalam komunikasi juga ada disebut dalam forum tadi.
saya tak nafikan bahawa hampir semua masyarakat di Malaysia tidak menggunakan bahasa yang baku ketika berkomunikasi. namun, kita jangan lupa bahawa orang Melayu sendiri tidak lurus bahasa bakunya...[maaf sekiranya ayat saya ini agak kasar tetapi itulah hakikatnya]. jadi, bagi saya tidak adil sekiranya individu itu disalahkan kerana kurang menggunakan bahasa baku dalam komunikasi.
satu perkara yang kita perlu faham hakikatnya, jangan terkejut sekiranya saya menyatakan di sini bahawa bahasa pertama rakyat Malaysia masa kini sebenarnya adalah bahasa bangsa mereka sendiri dan tidak semestinya bahasa pertama mereka ialah Bahasa Melayu. sebagai contoh, orang-orang Cina sendiri mempunyai pelbagai bahasa seperti Hokkien, Mandarin dan sebagainya. begitu juga dengan orang Melayu, tidak semestinya mereka orang Melayu dan mereka akan bertutur dalam Bahasa Melayu baku kerana orang Melayu sendiri terbahagi kepada beberapa jenis, seperti Melayu Melanau, Melayu Jawa, dsb.
tidak kurang juga masyarakat pribumi yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Bajau, Dusun, Kadazan, Murut dan tidak lupa juga orang Asli.bahasa pertuturan mereka bukanlah bahasa Melayu kerana dalam kehidupan seharian mereka bahasa pertuturan mereka adalah bahasa bangsa mereka sendiri. Bahasa Melayu pula hanyalah Bahasa Kedua mereka [maaf untuk ayat kasar ini tapi ini juga adalah hakikat yang perlu kita terima] dan Bahasa Inggeris yang sering dikaitkan dengan Bahasa Kedua pula hanyalah Bahasa Asing untuk dipelajari.
jadi, kalau diperhatikan betul-betul perkara ini, tidak mustahil bahasa pertuturan yang selalu digunakan adalah mother tongue sesebuah kaum itu sendiri kerana dalam keperluan sosial sesama mereka, bahasa ibunda mereka tetap digunakan dengan lebih kerap dan meluas. bahasa Melayu pula hanya digunakan ketika melibatkan keadaan yang betul-betul memaksa mereka menggunakan bahasa Melayu. saya membangkitkan hal ini kerana saya yakin sesebuah masyarakat itu lebih selesa menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri berbanding bahasa Melayu. dan penggunaan bahasa Melayu dalam pertuturan hanya digunakan oleh sesuatu kaum yang sememangnya sudah mengamalkan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda mereka sendiri.
oleh itu, saya akui saya melihat masalah "kurangnya penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan dalam kalangan masyarakat masa kini" berdasarkan perkara yang telah disebutkan di atas.
jangan dilupakan bahawa tajuk di atas juga melibatkan "TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) BERKEMBANG" jadi tidak hairanlah sekiranya penggunaan Bahasa Melayu itu sendiri semakin kurang digunakan ekoran daripada timbulnya pelbagai bahasa canggih seperti bahasa SMS ataupun bahasa yang ringkas seringkas-ringkasnya dan bahasa yang canggih secanggih-canggihnya. saya sendiri tak tahu bagaimana untuk mengungkapkan perkataan itu menggunakan istilah yang sesuai kerana saya yakin generasi sekarang mempunyai bahasa mereka sendiri,
contohnya:
saya = sayer
dia = dier
dan macam-macam lagi perkataan yang boleh ditemui dalam bahasa SMS generasi muda sekarang. saya kira perkara ini sudah berlaku sejak bermulanya proses pemodenan tidak lama dahulu. betulkan saya sekiranya saya silap. kadang-kadang, saya sendiri keliru dengan pendekatan kerajaan kita terhadap bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. malahan bahasa Melayu telah dinaik taraf dan ditukar kepada Bahasa Malaysia. mungkin ini juga kelemahan saya sebagai rakyat Malaysia yang langsung tidak mengambil kira dan menitikberatkan kepentingan penggunaan bahasa Melayu baku itu sendiri. =)
apa pun, entri kali ini hanyalah sekadar perkongsian sahaja. tiada niat pun untuk memburukkan sesiapa... sekian.
No comments:
Post a Comment