FRoM ♥ To ♥

♥ In the name of Allah, The Most Gracious, Most Merciful. Praise be to Allah, The Cherisher and Sustainer of the worlds; most Gracious, most Merciful; Master of the Day of Judgement. Thee do we worship, and Thine aid we seek. show us the straight way, the way of those on whom Thou hast bestowed Thy Grace, those whoso (portion) is not wrath, and who go not astray. ♥

Sunday, March 10, 2013

Ujian ALLAH SWT Dalam Perkataan Kita

Assalamualaikum...

Rasanya inilah entri pertama aku untuk tahun 2013.
agak lama aku menyepi drpd menaip tinta untuk teman setiaku ini.

sebenarnya,
entri kali ini terdetik daripada kerja aku yang lagha (sia-sia).
- scroll page laman sosial n baca status update manusia.
- buka page laman sosial n baca tanpa tujuan.

( ~_~ )

manusia,
selalu alpa.
tahu benda tu salah tapi tetap buat.
tahu patut buat benda sepatutnya didahulukan tapi tetap menangguhkan perkara tersebut.
aku akui, aku pun tidak terkecuali.

tapi,
ada satu benda yg membuatkan aku terdetik untuk meng-update blog ni.
berkaitan dengan pengalaman aku sendiri.

aku sering mendengar para da'ie bekata, "Diam itu lebih baik."

maksudnya di sini, bukanlah kita tak perlu nak bercakap, para pendakwah tidak dapat menyampaikan ilmu kalau tak bersuara kan? konteks diam di sini lebih kepada mengatakan perkara yang sia-sia, berdiam diri itu lebih baik. percayalah.

aku taklah terer sangat dalam agama ni.
aku tak mau jd hipokrit dengan diri aku sendiri.
asal nak post pasal yg melibatkan dakwah2 ni,
terus rujuk al-Quran n hadis semata-mata nak menjadikan post tu lebih bermutu isi.
padahal sebelum ni al-quran tu disentuh pun tidak. inikan pulak dibaca.
nak tunjuk alim la sangat kan...

ayat di atas tu memang kasar.
maaflah kalau ada yg terasa.

tapi,
aku pun bukanlah nak condemn insan2 di luar untuk berdakwah.
tidak! teruskanlah dakwah kalian seperti yg kalian sering lakukan.
aku senang membaca peringatan2 Allah yang kalian sampaikan.

cuma di sini,
aku ingin berkongsi sedikit pengalaman yg aku alami sendiri.
sekadar perkongsian ok.

tajuk entri ini ialah: "Allah akan menguji setiap apa yang kita perkatakan"

tidak lama dulu...
aku didatangi seorang saudara yg begitu runsing dengan kecelaruan hatinya terhadap seorang lg hamba Allah.
biasalah. hal hati ni sangatlah rumit.
bukan semua penyelesaian boleh digunakan untuk masalah yg sama.
aku yg mendengar masalah saudara ini pun dengan tenang dan sabar memberikan pandangan aku terhadap masalahnya [itupun setelah diminta oleh saudara tersebut, bukan aku suka2 hati nak bagi kaunseling, ok!]
apabila begitu, saudara itu pun lega dan mahu mencuba penyelesaian yg aku berikan.
alhamdulillah. Allah permudahkan penyelesaian masalah saudara tersebut dengan cadangan yg aku berikan. alhamdulillah.

tapi,
beberapa hari kemudian...dengan kuasa Allah, aku pula mengalami kecelaruan hati sama seperti yg dialami oleh saudara tersebut. betapa aku terpukul dengan kata2 aku sendiri ketika itu. aku masih boleh berdiri dan cuba menyelesaikan masalah aku dengan jalan penyelesaian yg sama aku berikan kpd saudara tersebut. malangnya, jalan yg aku berikan jauh meleset untuk menyelesaikan masalah aku sendiri. namun, aku belum berputus asa, aku tetap mencuba dengan jalan penyelesaian yg aku terfikir ketika berhadapan dengan situasi saudaraku dulu. tetap juga tidak menjadi. apa yg aku cuba satu pun tidak menjadi. ketika inilah aku tersungkur dek kata-kata aku dahulu. aku tidak punya cara lain untuk menyelesaikan masalah aku.

akhirnya,
aku berserah diri kepada Allah kerana tiada jalan lain yg boleh aku fikirkan.
[ begitu rumit sekali ujian yg ditimpakan kpd aku kali ini :'( ]
sedang aku berdiam diri di rumah Allah, seorang sahabat mendekati dan bertanya sekiranya aku punya masalah. tidak perlu aku jawab lisan soalan itu kerana wajah ini sudah memberikan jawapan kepada sahabat tersebut. hanya aku perlu menjelaskan keadaan aku kepada dia. selesai sahaja aku menjelaskan keadaan aku, sahabat itu terdiam. aku diam menunggu jawapannya.

sesuatu yg mengejutkan dan membuatkan aku terkesima ialah...
kata2 sahabat itu "sebijik" sama dengan apa yg aku katakan kpd saudara aku sebelum ini.
detik itu hati aku seakan menjadi panas dan mencair.
[betapa jahilnya aku, Ya Allah. sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui segala sesuatu.]
kata2 itu membuatkan aku termenung jauh. aku bingung dengan apa yang sepatutnya aku lakukan. aku sudah melakukan apa yg sahabat itu katakan tetapi tidak berhasil. jadi apa yang tidak kena sebenarnya? [senyum]

aku mula menyedari hikmah ujian Allah itu lama selepas pertemuan dengan sahabat tersebut. sampai begitu sekali ujian Allah terhadap kata2 aku. ujian yg menyebabkan aku jatuh terduduk dengan hanya sibuk mencari jalan penyelesaian tetapi tidak pernah terfikir hikmah ujian tersebut. sesuatu yg aku sedar mengenai ujian ini bukanlah berdiam diri seperti yg aku maksudkan pada awal entri ini. bukan! bukan itu.

tetapi,
apabila kita berkata sesuatu, janganlah terus dikatakan atau dimaklumkan kepada manusia lain.
fikirlah dulu apa yg ingin kita sampaikan. halusi dulu pendapat itu. fahami dulu pendapat itu. jangan sembarangan mengatakan kepada manusia lainnya. kelak nanti, Allah sendiri yg akan memahamkan kita sehingga kata2 itu tertanam dalam hati kita. wa Allah hu alam.

itulah perkara yg aku ingin kongsikan di sini. semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd yg membacanya.
insyaAllah. semoga Allah menerangi hati kita untuk menerima ilmuNYA. amin.

sekian.

No comments:

Copyright© All Rights Reserved♥ ♥ ♥ AmNi ♥ ♥ ♥