FRoM ♥ To ♥

♥ In the name of Allah, The Most Gracious, Most Merciful. Praise be to Allah, The Cherisher and Sustainer of the worlds; most Gracious, most Merciful; Master of the Day of Judgement. Thee do we worship, and Thine aid we seek. show us the straight way, the way of those on whom Thou hast bestowed Thy Grace, those whoso (portion) is not wrath, and who go not astray. ♥

Saturday, January 15, 2011

Don't Read If U're My Friend!

Saya Nak Dia Tahu...
sekarang saya belajar untuk buang perasaan ini....

Saya Nak Dia Tahu...
hati saya terseksa dengan perasaan ini...

Saya Nak Dia Tahu...
tidak patut perasaan ini hadir...

Saya Nak Dia Tahu...
saya tak kan berharap padanya lagi...

Saya Nak Dia Tahu...
saya akan buang dia jauh2 dari hidup saya...

Saya Nak Dia Tahu...
saya tak perlukan dia dalam hidup saya...

Saya Nak Dia Tahu..
saya kesal atas perasaan ini...

Saya Nak Dia Tahu...
saya sedar saya tak layak untuk dia...

Saya Nak Dia Tahu...
air mata ini sudah tiada untuk dia...

Saya Nak Dia Tahu...
akan semua yang saya rasakan sekarang...

kenapa aku buat entri ni...? semua kerana ku ingin kau tahu, diriku di sini menanti dirimu,ku tunggu dirimu walau hingga hujung waktu..(ayat dah skema...).apa yang pasti, meski pun hilangnya dirimu takkan membuat diriku bukan menjadi diriku, namun akan ku cuba menjalani hidup ini seperti biasa. kerana aku tahu, ketiadaan diriku di sisimu masih membolehkan dirimu ceria bersama teman2 mu. bukan kecewa aku dipinggirkan, aku mengerti akan maksud 'jangan mengongkong' kehidupan orang lain..semua orang perlukan privasi dalam kehidupan masing2...termasuk aku, dan kau juga tidak terkecuali.aku mengerti,kawan tidak semestinya harus sentiasa berada di samping kita pada setiap masa.ketidakhadiran mereka di sisi membuatkan kita sedar betapa sayangnya kita pada mereka.sepatutnya keadaan itu kita adaptasikan untuk membina ukhwah yang lebih utuh,teguhkan lagi ikatan hati sesama kita...agar, kekuatan hubungan itu tidak akan goyah dilanda ombak curiga.



ok la....cukupla ayat yang merapu kat atas tu...aku sebenarnya dilanda tsunami jiwa..banyak perkara yang berlaku menyebabkan aku kerap kali berfikir..berfikir tentang hati, belajar memahami perasaan. jangan mudah bertindak tanpa memikirkan kesan akibat perbuatan kita. jangan mudah berkata tanpa memikirkan kesan percakapan kita. jangan mudah mentafsir situasi tanpa menyiasat bukti yang ada di depan mata...

lalala~~
aku merapu lagi..
semestinya aku dalam keadaan emosi yang tidak stabil.
jiwaku huru-hara lagi.
bla..bla..bla..
yada..yada..yada...
that's enough amni.

focus on you study!!!

No comments:

Copyright© All Rights Reserved♥ ♥ ♥ AmNi ♥ ♥ ♥